Malay

Data Terbuka

Data Terbuka

Bil Tajuk Format
1. Senarai Badan Bukan Kerajaan (BBK) PDF

Untuk mendapatkan data terbuka berkaitan pelancongan dan kebudayaan, sila klik disini: http://www.data.gov.my

 

Definisi Data Terbuka: Data yang boleh digunakan secara bebas, boleh dikongsi dan digunakan semula oleh rakyat dan agensi Sektor Awam atau Swasta.

Pelaksanaan Data Terbuka Kerajaan bertujuan untuk meningkatkan kualiti dan ketelusan penyampaian perkhidmatan awam terhadap maklumat Kerajaan. Ia juga merupakan salah satu kriteria penilaian global dalam perkhidmatan E-Kerajaan. Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dengan kerjasama agensi-agensi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah mengambil tindakan mengenal pasti set data bagi pelaksanaan data terbuka dalam setiap bidang perkhidmatan agensi.

 

Penggunaan data atau penggunaan semula data hendaklah mematuhi terma dan syarat: Terma Penggunaan Data Terbuka Kerajaan 1.0

1. Penggunaan data di bawah terma ini
Pemilik data memberi kebenaran penggunaan data tanpa sebarang caj.

2. Pengguna boleh melaksanakan perkara yang berikut:
(i) Salin, terbit, edar dan pindah data;

(ii) Adaptasi data;

(iii) Guna data secara komersial dan tidak komersial; dan

(iv) Gabung data dengan data lain atau rangkum data dalam produk atau aplikasi.

3. Sekiranya melaksanakan mana-mana daripada yang dinyatakan pada para 2, pengguna HENDAKLAH:
(i) Menyatakan sumber data dalam produk atau aplikasi berdasarkan pernyataan yang ditentukan oleh pemilik data;

(ii) Menyediakan pautan kepada Terma Penggunaan ini; dan

(iii) Sekiranya pemilik data tidak menyediakan pernyataan pemilik harta intelek data, pengguna hendaklah menggunakan pernyataan seperti yang berikut:
"Data dan maklumat tertakluk di bawah Terma Penggunaan Data Terbuka Kerajaan Malaysia 1.0"

4. Pengecualian
Terma Penggunaan ini tidak memperuntukkan sebarang hak terhadap:
(i) Data peribadi;

(ii) Nama, jata, logo atau sebarang simbol rasmi pemilik data;

(iii) Logo organisasi sektor awam atau jabatan

(iv) Lambang diraja dan lambang tentera;

(v) Hak pihak ketiga yang mana pemilik data tiada kuasa terhadapnya;

(vi) Sebarang hak harta intelek termasuk paten, tanda dagangan dan hak reka bentuk; dan

(vii) Dokumen identiti seperti Pasport Malaysia, MyKad.

5. Tiada jaminan
(i) Data adalah dalam bentuk seperti yang disediakan oleh pemilik data. Pemilik data dikecualikan daripada sebarang representasi, waranti, obligasi dan liabiliti berhubung data; dan

(ii) Pemilik data tidak bertanggungjawab terhadap sebarang ralat dan kehilangan data. Pemilik data juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang jenis kehilangan, kecederaan atau kerosakan kesan daripada penggunaan data tersebut. Pemilik data tidak memberikan jaminan data disediakan secara berterusan.

6. Undang-undang
Terma Penggunaan ini ditadbir oleh undang-undang di bawah bidang kuasa dan pemilik data ialah pemi

Program Gap Year

   

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh mengumumkan bahawa kementerian akan melaksanakan program Gap Year di lapan universiti tempatan mulai September ini.

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) merancang untuk mengadakan Program Mobile Community Outreach pada tahun 2017/2018. Projek yang dirancang bagi merealisasikan program ini iaitu Projek Tuisyen BITARA.

KELEBIHAN PROGRAM GAP YEAR KEPADA MAHASISWA

  • Mahasiswa perlu diterapkan dengan budaya sukarelawan supaya mampu memasyarakatkan mahasiswa dan memahasiswakan masyarakat.
  • Budaya sukarelawan dapat membantu mahasiswa menambah kemahiran-kemahiran tambahan (softskills) sebelum benar-benar menceburi bidang pekerjaan.
  • Mahasiswa perlu dilatih dan dididik sentiasa memberi perkhidmatan dan bantuan kepada yang memerlukan dalam usaha membentuk mahasiswa yang holistik dan bermanfaat kepada masyarakat.
  • Mahasiswa masa kini perlu mencabar diri dalam membudayakan aktiviti kesukarelawanan sama ada berkaitan dengan bidang di dalam perkhidmatan mahupun sebaliknya

DOKUMEN PERMOHONAN

 

TUISYEN BITARA

 

Brosur Kemasukan Ijazah

VIDEO KORPORAT UPSI

[English Version]

Hubungi Kami

Bahagian Komunikasi Korporat

  • Alamat : Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Tel : +605 - 450 6000
  • Emel : ccd@upsi.edu.my
  • Hotline : +605 - 450 6660/ 6661

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian
Transaksi Perkhidmatan Atas Talian | Soalan Lazim

Apa Kata Mereka?

Top
We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…